Program



PEMBANGUNAN USAHAWAN

Jaringan kerja antara KPD dengan OISCA-International Japan dan Japan International Cooperation Agency (JICA). Menyediakan pakej program latihan yang berasaskan industri pertanian termasuk aspek-aspek kejenteraan ladang pertanian, pemprosesan makanan dan program pembangunan manusia. Meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk desa melalui pembangunan modal insan kepada para petani serta belia dan beliawanis. Menerapkan nilai-nilai murni kepada belia-beliawanis seperti semangat rajin bekerja, berdisiplin, komited, berdikari, sikap taat kepada pemimpin, kerajaan dan negara.

PEMBANGUNAN PEMASARAN/PERDAGANGAN

Meningkatkan syer dan saiz pasaran produk KPD seperti cendawan, madu, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya di pasaran tempatan dan eksport. Perkhidmatan pembelian dan penjualan buah tandan segar (FFB)kelapa sawit membantu pekebun kecil kelapa sawit untuk mengatasi masalah pengangkutan dan
penjualan hasil merupakan perniagaan teras KPD yang menumpukan aktiviti seperti:

* Pemasaran Am
* Jual-Beli Buah Tandan Segar Kelapa Sawit (FFB)

PROGRAM TERNAKAN

Matlamat Program Pembangunan Ternakan adalah memperbesarkan skel operasi untuk mempertingkatkan pengeluaran hasil ternakan. Projek-projek pembangunan di bawah program ini akan dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu Perladangan Kontrak dengan petani dan Ladang milik KPD sendiri di kawasan-kawasan yang sesuai bagi menjamin konsistensi pengeluaran serta memaksimumkan kegunaan sumber-sumber dan kemudahan yang ada merupakan perniagaan teras KPD yang menumpukan aktiviti seperti:

* Ternakan ayam Pedaging & ayam Kampung
* Ternakan Lebah Madu
* Ternakan Kambing
* Ternakan Ikan Air Tawar

PROGRAM TANAMAN

Matlamat Program Pembangunan Tanaman adalah memperbesarkan skel operasi untuk mempertingkatkan pengeluaran hasil pertanian. Projek-projek pembangunan di bawah program ini akan dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu perladangan kontrak dengan petani dan perladangan milik sendiri bagi menjamin konsistensi pengeluaran hasil merupakan perniagaan teras KPD yang menumpukan aktiviti seperti:

* Pemeliharaan Cendawan
* Tanaman Herba, Rempah dan Aromatik
* Tanaman Kelapa Sawit
* Tanaman Pomelo

PROGRAM PEMPROSESAN

* Menyediakan pasaran perantaraan kepada hasil-hasil keluaran para petani
* Memproses dan manambahnilai produk untuk pasaran tempatan dan eksport.